ciri- ciri pelajar yang baik dan cemerlang adalah seperti berikut:
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Allah S.W.T..
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas.
Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkannya lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum memberi maklum balas.
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat, tekun dan besungguh-sungguh. Ianya seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga bijak menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.
Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T.. ianya juga sentiasa berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga sentiasa mentaati ibu bapa dan guru-guru
untuk mendapatkan info yang lanjut anda boleh kunjungi page ini

No comments:
Post a Comment